Uncategorized

VITAMIN UNTUK JERAWAT PASIR YANG TUMBUH BAGAIKAN CENDAWAN 

Assalamualaikum w.b.t. 

Rasa muka macam flawless dah tapi bila pegang ada rasa macam biji-biji… Haaa… Itu dinamakan jerawat pasir… Paah banyak sangat jerawat ni… Tapi tu dulu la… 😎 


FAKTOR TERJADINYA JERAWAT PASIR

1. PEMAKANAN HARIAN 

Siapa suka makan pedas? Same goes to me… Kalau tak pedas rasa macam makan tawar je… Tapi tau tak, makanan pedas ni mengandungi acidic lycopene yang mana pada sesetengah individu akan menyebabkan tahap pH dia berubah dan tidak stabil… 

Bukan makanan pedas je, pada sesiapa yang alah pada makanan seperti tenusu dan roti juga boleh mengakibatkan jerawat tumbuh dengan seronoknya… So, kalau tau makanan apa yang sendiri tak boleh makan, sila jauhkan…

2. PENGGUNAAN PRODUK YANG TIDAK SESUAI 

Dalam sesetengah produk terdapat 2 jenis bahan yang perlu dielakkan yang mana akan menyebabkan liang roma boleh tersumbat, iaitu minyak mineral dan silikon…

3. PENGAMBILAN UBAT TERTENTU 

Penggunaan topical salicylic acid, benzoyl peroxide atau sulphur yang berlebihan boleh menyebabkan kulit mengeluarkan lebih banyak minyak… Ini disebabkan bahan tersebut menghakis sedikit lapisan kulit muka yang paling atas…

4. MEROKOK

Setiap kali merokok, ia akan mengurangkan jumlah oksigen ke kulit muka… Bukan setakat membawa kepada kanser, ia juga akan mengurangkan penghasilan kolagen yang mana akan menyebabkan kulit muka berkedut dan liang rom membesar… 

5. MENGGOSOK MUKA DENGAN KUAT

Ramai yang beranggapan dengan menggosok muka dengan kuat atau menggunakan alat seperti kain atau berus pencuci muka akan membuatkan kulit muka lebih licin, tetapi sebenarnya ini akan menjadi lebih teruk…

6. TABIAT MEMICIT JERAWAT 

Semasa kita menekan jerawat untuk dipecahkan, ini boleh mengakibatkan bakteria akan masuk lebih dalam dan merebak di bawah kulit… Ini akan meningkatkan pertumbuhan jerawat… 😱

7. HORMON TIDAK STABIL

Kebiasaannya apabila stress, kulit akan menghasilkan hormon stress termasuk cortisol yang akan merangsang kelenjar minyak untuk menghasilkan testosterone dan ini akan meningkatkan penghasilan minyak dan mengakibatkan liang roma tersumbat…

8. KEBERSIHAN KULIT 

Jika anda tidak membersihkan diri terutama bahagian muka selepas bersenam, ini akan menyebabkan makeup, kotoran, bakteria dan minyak akan bercampur dengan peluh… Kesemua kotoran ini akan masuk ke dalam liang roma dan mengakibatkan jerawat… 

CARA MENGELAKKAN TERJADINYA JERAWAT 

1. Pastikan muka sentiasa bersih terutama sekali sebelum tidur…

2. Cuci muka sekurang-kurangnya dua kali sehari… 

3. Elakkan menggosok kulit muka dengan kain, sarung tangan ataupun span…

4. Gunakan pelembap selepas setiap kali mencuci muka…

5. Elakkan untuk menyentuh bahagian muka menggunakan tangan yang kotor… 

6. Amalkan pemakanan yang seimbang dan banyakkan memakan buah dan sayur yang segar…

7. Perbanyakkan minum air kosong…

8. Bersenam sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu untuk melancarkan peredaran darah… 

9. Jauhi tabiat memicit jerawat…


VITAMIN UNTUK MENGATASI MASALAH JERAWAT 

SR VITA-C PLUS SHAKLEE 

  • Perlindungan daripada sinaran UV 
  • Membantu mengatasi masalah jerawat dengan meningkatkan imunisasi badan bagi melawan bakteria dan jangkitan kuman 
  • Menggantikan tisu yang rosak dan menyembuhkam luka akibat dari memicit jerawat 
  • Membantu menghasilkan kolagen dan menganjalkan lagi kulit
  • Mengecutkan jerawat dan mencantikkan kulit wajah

MACAM MANA NAK DAPATKAN SR VITA-C PLUS SHAKLEE? 

Boleh hubungi pakar konsultasi anda…

👇 👇 👇 👇 👇 👇 👇 👇 👇 👇 👇 👇👇👇👇👇👇👇

Leave a comment