Uncategorized

5 TIPS KECUTKAN JERAWAT YANG MENGGILA DIMUKA DENGAN CEPAT DAN BERKESAN 

Assalamualaikum w.b.t. 

Jerawat ni memang musuh utama muka kan? Disebabkan sebiji jerawat, hari yang indah boleh bertukar jadi muram… Rasa bad mood sangat… Kena pulak jerawat yang besar… Allah… Dah la sakit… Huduh pulak tu… 😣

Apa nak buat? Paah nak kongsikan tips kecutkan jerawat… Setiap orang setiap ragam… Jadi, mungkin tips yang Paah akan kongsikan ni tak jadi pada sesetengah orang… Jangan salahkan Paah… 🙈 Atau cepat dan lambat keberkesanan tu pun mungkin berbeza…

5 TIPS KECUTKAN JERAWAT 


1. AIS

Ais atau air batu boleh digunakan untuk mengurangkan kemerahan, benjol dan keradangan yang disebabkan oleh jerawat dengan cepat… Ia membantu dalam meningkatkan peredaran darah di kawasan yang terlibat, mengecilkan liang roma dan membuang kotoran dan minyak yang menutupi kulit muka…

Cara-caranya :

  1. Balut seketul ais atau ais yang dihancurkan di dalam sehelai sapu tangan…
  2. Letakkan ais di tempat yang berjerawat selama beberapa saat dan angkat…
  3. Tunggu beberapa minit dan ulang proses ini…


2. BUAH LEMON

Jus lemon yang terkenal kaya dengan vitamin C ini dapat membantu mengeringkan jerawat dengan cepat… Tapi pastikan menggunakan buah lemon segar, bukan jus dari botol..

Cara-caranya :

  1. Celupkan sekeping kapas muka ke dalam jus lemon kosong dan tampalkan di jerawat sebelum tidur… Cuci muka pada keesokkan harinya…
  2. Boleh juga mencampurkan 1 sudu besar kus lemon dengan 1 sudu kecil serbuk kayu manis dan diletakkan di jerawat semalaman… Basuh muka menggunakan air suam pada keesokkan harinya…

*cara ini tidak sesuai untuk sesiapa yang mempunyai kulit sensitif*



3. UBAT GIGI

Siapa kata ubat gigi hanya digunakan untuk kegunaan gigi sahaja? Ubat gigi juga boleh digunakan untuk mengecutkan jerawat… Ia sangat berkesan setelah melakukan kaedah menggunakan ais… Tapi pastikan menggunakan ubat gigi berwarna putih dan elakkan mengguna ubat gigi gel…

Cara-caranya :

  1. Sapu sedikit ubat gigi putih di tempat yang berjerawat sebelum tidur…
  2. Keesokkan harinya, basuh muka dan benjol jerawat akan berkurangan…

*boleh ulang kaedah ini di siang hari tapi pastikan ubat gigi dibiarkan lebih kurang setengah jam*



4. BAWANG PUTIH

Selain digunakan dalam masakan, ia juga berguna untuk melawan jerawat… Bertindak sebagai agen antiviral, antifungal, antiseptik dan antioksidan yang membantu merawat jerawat dengan cepat… 

Cara-caranya :

  1. Potong sebiji bawang putih segar kepada dua…
  2. Sapukan bawang putih di jerawat dan biarkan selama 5 minit dan basuh dengan air suam…
  3. Ulang kaedah ini beberapa kali sehari…

*makan 1 biji bawang putih mentah setiap hari boleh membantu membersihkan darah*



5. VITAMIN C SHAKLEE 

Ia boleh menguatkan imun terhadap kesan radangan pada kulit… Ia juga boleh mengatasi jerawat dengan meningkatkan sistem pemulihan wajah…

Cara-caranya :

  1. Boleh amalkan memakan 4 biji vitamin C Shaklee setiap hari… Ia boleh dimakan terus 4 biji serentak atau dibahagi kepada 2 sesi – 2 biji pagi dan 2 biji sebelum tidur…
  2. Boleh dijadikan masker muka… a) patahkan vitamin C kepada 2 – hanya menggunakan sebelah sahaja, sebelah lagi boleh simpan untuk sesi lain… b) hancurkan vitamin tadi dan masukkan 1 sudu besar air bersih… c) biarkan selama 3-5 minit atau sehingga vitamin tadi larut dalam air… d) sapukan pada keseluruhan muka yang telah dicuci bersih dan dikeringkan… e) biarkan lapisan tadi kering dan bilas dengan air suam… 


MACAM MANA NAK DAPATKAN SR VITA-C PLUS SHAKLEE? 

Boleh hubungi: 👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s