Uncategorized

KENALI PENGASAS VITAMIN PERTAMA DI DUNIA | DR. FORREST SHAKLEE 

Assalamualaikum w.b.t. 

Salam pagi Isnin… Di doakan semua pembaca blog Paah sentiasa sihat dan dirahmati Allah… Hari ini Paah nak bercerita tentang pengasas vitamin pertama di dunia… Siapakah gerangan tuan punya badan? Beliau adalah Forrest C. Shaklee… 

Sepanjang hidupnya, beliau mempercayai 2 moto hidup yang membuatkan beliau berjaya;

Beliau percaya dalam keupayaan alam semulajadi untuk penyembuhan

– Beliau percaya dalam THOUGHTMANSHIP 


Forrest C. Shaklee dilahirkan pada November 1894 di Carlisle, Iowa… Semasa kelahiran beliau, bidan yang menyambut kelahiran beliau mengatakan beliau mendapat TB (tuberculosis)… Doktor mengandaikan beliau hanya dapat hidup selama 8 tahun sahaja…

Mendengar khabaran buruk itu, keluarga beliau berpindah dari kawasan arang batu Carlisle ke utara Iowa… Mereka percaya satu-satunya penyembuhan TB adalah dengan memakan makanan yang baik, menghirup udara yang segar dan rehat yang mencukupi… 

Zaman kanak-kanak Shaklee hanya dipenuhi dengan proses penyembuhan… Apabila remaja, doktor yang merawat Shaklee mengatakan penyakit TB yang dihidapinya telah tiada! Tetapi Shaklee masih kelihatan lemah berbanding remaja seumur dengannya…

Bermula dari saat itu, beliau mula melakukan senaman dan belajar mengenai kaitan antara kesihatan tubuh badan, tenaga umum, kepandaian dan nutrisi yang bagus… 

“Shaklee menjadi seorang yang aktif dan berfikiran positif”

Shaklee membaca artikel dari Bernarr Macfadden dan terpengaruh dengan satu ayat dari penulis tersebut – “dadah hanya menyembunyikan simptom, bukan menyembuhkan penyakit”… Bermula dari itu, beliau tersedar dengan apa yang beliau inginkan selama ini… Beliau ingin merawat pesakit tetapi dengan proses alam semulajadi… Beliau juga sangat berminat dengan cara chiropractic

Dengan itu, beliau mendaftarkan diri beliau di Palmer School of Chiropractic yang mana B.J. Palmer sebagai pengasas pada masa itu… Semasa belajar di Palmer, melalui pemerhatian beliau, beliau mendapati ramai pesakit yang lemah dan terlebih makan… Ini boleh didapati dari kekurangan nutrisi dan boleh membawa kepada banyak penyakit… 

Shaklee mula mencari info tentang nutrisi dan semua yang ada kaitan dengan biokimia… Semasa pencariannya, beliau telah berjaya mencipta makanan tambahan yang pertama di dunia iaitu pada tahun 1915… Beliau menamakannya ‘Vitalized Minerals’… 

Pada tahun 1917, Shaklee berpindah ke Fort Dodge, Iowa dan membuka sebuah klinik… Beliau akan memastikan kesemua pesakitnya mengamalkan diet yang kaya dengan vitamin…

Malangnya, pada tahun 1921, beliau telah didianogsis kanser kesan dari pendedahan yang terlampau dari sinaran X-ray… Ini terjadi semasa beliau sedang membuat penyelidikan baru merawat melalui X-ray… Pada zaman itu, tiada sesiapa lagi yang tahu betapa bahayanya jika terlalu terdedah dengan sinaran X-ray ini… 

Doktor mengandaikan yang tangan dan kaki beliau perlu dipotong untuk mengelakkan kanser itu melarat… Risau akan keadaan menjadi kudung, beliau mempertaruhkan nyawanya dengan merawat kanser secara semulajadi… Beliau percaya yang alam semulajadi mampu menyembuhkan kanser tersebut…

Beliau menjual kliniknya dan mulakan program insentif tentang nutrisi, menganalisa darahnya secara berterusan dan sekali sekala beliau berpuasa… Beliau hanya makan buah dan sayur yang segar dan menambah vitamin dan galian yang banyak dalam diet hariannya…

Penghujung tahun 1922, secara rasminya beliau telah disahkan bebas dari kanser yang mampu membuat dirinya kudung… Beliau kembali bertenaga seperti biasa… Dengan pengalaman yang beliau hadapi, beliau percaya nutrisi yang baik mampu membantu dan merawat orang lain juga…

Pada tahun 1924, beliau sekali lagi membuka klinik tetapi kali ini beliau merawat pesakit menggunakan formula makanan tambahannya… Tetapi malang tidak berbau kerana pada tahun 1929 klinik beliau terbakar… Semua formula dan barang-barang klinik habis dijilat api kecuali sebuah buku inspirasi tulisan dari Elbert Hubbard iaitu Little Journeys…

Beliau meneliti buku tersebut dan terbaca satu ayat dari penulis…

when all else is destroyed, only the product of the mind exists” – Elbert Hubbard, Little Journeys


Berbekalkan kata-kata semangat dari Elbert Hubbard itu, beliau meneruskan kehidupan dengan berpindah ke Eugene, Oregon… Beberapa ketika kemudian, beliau berpindah lagi ke Oakland, California… Beliau ingin menumpukan sepenuh perhatian dalam membina kesihatan yang baik dari mengubati pesakit… 

Pada tahun 1945, beliau mula menulis artikel tentang pengaruh minda individu terhadap kesihatan… Dua tahun kemudian, beliau menubuhkan Shaklee Foundation… 

Pada musim luruh tahun 1955, berumur 62 tahun, Dr. Shaklee memberitahu dua orang anak lelakinya, Forrest Jr. dan Lee yang beliau ingin membuat sesuatu yang akan membuka mata orang ramai tentang kebaikan nutrisi… Beliau ingin memulakan perniagaan dalam bidang makanan tambahan…

Pada 1 April 1956, Shaklee Corporation ditubuhkan… Setiap bakal pelanggan akan diberi penerangan tentang nutrisi sebelum mereka menjadi pelanggan…

we’ll teach some and they’ll teach others” – Dr. Forrest C. Shaklee 


Gabungan pemikiran dari tiga beranak itu, maka bermulalah perniagaan secara jual langsung dan kekal sehingga sekarang… Sekarang Shaklee Corporation sudah pun berumur lebih dari 50 tahun dan makanan tambahan yang pertama telah pun berumur lebih 100 tahun!

UNTUK MENGETAHUI TENTANG SHAKLEE DENGAN LEBIH LANJUT, BOLEH TERUS BERHUBUNG DENGAN PAAH


Advertisements

3 thoughts on “KENALI PENGASAS VITAMIN PERTAMA DI DUNIA | DR. FORREST SHAKLEE ”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s