Uncategorized

AKTIVITI HUJUNG MINGGU BERSAMA KELUARGA 

Semalam (14/10/2017-hari Ahad), paah, husband dan Ainul ikut my father in law pergi memancing di laut… My FIL bukanlah nelayan tegar tetapi kelaut hanya untuk memuaskan hobinya sahaja… 

Pada mulanya FIL hanya mengajak husband menemaninya mencari udang dilaut… Tetapi memandangkan paah pun tiada apa-apa aktiviti yang difikirkan, paah menyatakan hasrat mahu mengikut mereka bersama…

Apa lagi, kelaut la kami… This is our (my daughter and I) first ever experienced in fishing… Awalnya husband berat hati mahu mengizinkan kami mengikut bersama… Yela, kelaut bukan ke bandar… Hiii… Tapi paah berkeras juga mahu mengikut sebagai alasan aktiviti bersama keluarga… 😝

FIL ada mempunyai bot berlesen sendiri jadi agak senang untuk kami bergerak kemana-mana dalam kawasan perairan tawau ini… Sebelum turun laut, paah agak gementar sebab anak kecil (setahun 5 bulan) ada bersama… Berkat berserah kepada Allah, kami pun memulakan perjalanan menaiki bot menghala ke sangkar sahabat FIL untuk mengambil umpan…

For your information, peneroka-peneroka Felda Umas ini rata-rata menjadi nelayan dan mempunyai sangkar ikan sendiri di laut… Selain dari berladang, menangkap ikan adalah salah satu kegemaran mereka… 

Apabila umpan sudah ditangan, kami mencari port untuk menjatuhkan joran masing-masing… Pada mulanya keadaan agak seronok tetapi lama kelamaan jadi bosan… 😝 (nampak sangat memang takde darah nelayan) Port pertama hanya adik ipar yang berjaya menjinakkan seekor ikan…

Berpindah ke port kedua, sekali lagi adik ipar berjaya menjinakkan ikan… Kali ini 2 kali dia berjaya naikkan ikan… Husband Paah pun berjaya menangkap seekor ikan…

Setelah agar hambar, kami berpindah pula ke port ketiga… Kali ini kawan FIL pula berjaya menangkap seekor ikan… Dalam jam 1230 tengahari, kami berpindah ke port keempat iaitu port terakhir… Di sini FIL pula berjaya naikkan ikan… 

Paah? Dapat penat bersilat dengan Ainul yang ingin membuang semua makanan kami ke dalam laut untuk diberi makan kepada ikan… 😥 

Tepat jam 1400 kami berangkat pulang memandangkan masing-masing belum lagi menunaikan kewajipan kepada Allah… Kecewa dengan hasil yang tidak seberapa, FIL membeli sekilo udang laut dengan harga rm20 daripada kawannya… 😂

TIPS MEMANCING BERSAMA ANAK KECIL 

  1. Pastikan dia kenyang sepanjang beraktiviti – kalau dia lapar, dia akan mengamuk
  2. Bawa kelengkapan permainannya – contoh paah sediakan video nursery rhymes… Anak kecil tak suka menunggu dan beraktiviti bosan seperti memancing… So hiburkan hati dia dengan aktiviti kegemarannya
  3. Pastikan anak dalam keadaan yang sihat – macam yang kita tahu, laut sama seperti hutan… Bermacam jenis makhluk ada bersama kita… Kalau anak tidak begitu sihat, dinasihatkan tidak perlulah beraktiviti di luar… 
  4. 100% full attention needed – jangan sekali-kali berpaling dari anak kecil anda… Kalau tak dia akan campak apa sahaja barang yang dia nampak depan mata dia… (nasib baik Ainul campak kipas tangan je… Kalau phone? 😭)
  5. Ready anak mengamuk – bila kacau waktu tidur dia, ibu-ibu akan faham… 😅

Kalau boleh takyah la memancing bersama anak kecil… Kacau bilau jadinya… 😝


PENGALAMAN MEMANCING BERSAMA AINUL

  1. Mula-mula naik bot, dia ok cuma agak speechless… Mungkin terkejut, mungkin kagum… 
  2. Sama macam naik kenderaan lain, dia akan mintak susu sepanjang perjalanan dan akan tidur…
  3. Ainul seorang yang penggeli… So dia taknak pegang ikan… (tu geli ke takut? 🤔) 
  4. Dia tak boleh duduk diam… Nak bergerak je… Tapi bila bot terhuyung hayang sikit dia takut… 😝 
  5. Sebab kacau time tidur dan makan dia, dia jadi meragam… Semua tak kena…
  6. Bila dah turun dari bot pun Paah still rasa terhuyung hayang, so Paah assume Ainul pun rasa benda yang sama sebab bila nak tidur malam, dia nak Paah peluk dia selalu… Bila lepas dia nangis macam takut…

Last dah bonda nak bawak Ainul pergi memancing… 😝  Bonda pun taknak pergi dah… Cukup sekali pengalaman seumur hidup… 😝 



Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s