Cyst sudah menjadi mimpi ngeri kepada wanita… Sebut sahaja pasal cyst, terus wanita berfikiran yang mereka tidak akan mampu melahirkan anak…
Tapi bagaimana untuk mengelakkan semua ini terus menjadi mimpi ngeri? Wanita harus sentiasa menjaga gaya pemakanan supaya cyst tidak terus berleluasa… Gaya pemakanan ini juga boleh diamalkan oleh ibu mengandung…
MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN OLEH PENGHIDAP CYST
Gula akan menyebabkan hormon cyst menjadi lebih aktif… So say no to cakes, pantries, candy and cookies…
Cuba elakkan makanan atau minuman berkafein kerana kafein boleh memburukkan pertumbuhan cyst… Jadi kurangkan minum kopi dan teh dan juga terpaksalah kena kurangkan juga makan coklat… Opsss…
Kurangkan pengambilan makanan bergandum kerana gandum mempunyai phytic acid yang mana ia adalah mineral yang bergabung seperti magnesium dan zinc, yang boleh mengganggu hormon dalam badan…
Hentikan pengambilan alkohol kerana ia boleh meningkatkan tahap estrogen…
MAKANAN YANG BOLEH DIMAKAN OLEH PENGHIDAP CYST
Makanan jenis soya seperti tofu, tempe dan miso dan juga bijian soya, kacang dal, bunga kobis dan brokoli akan membantu mengawal pertumbuhan cyst…
Perbanyakkan pengambilan makanan yang kaya dengan I3C yang mana ia akan membantu menyingkirkan lebihan hormon dari badan… Contoh makanan yang kaya dengan I3C adalah kobis, brokoli, taugeh dan juga bunga kobis…
Makanan yang kaya dengan magnesium seperti kacang almond, pisang, prunes, brokoli dan cashew nut membantu mengurangkan kejangan disebabkan cyst…
Makan makanan yang kaya dengan omega 3 kerana boleh membantu gangguan hormon dan juga rintangan kepada insulin… Contoh terbaik adalah minyak ikan, flax seed dan hemp seed…
Mulakan memakan makanan organik sebanyak mungkin sebab racun serangga boleh mengganggu keseimbangan hormon… Jika makan buah dan sayur yang tidak organik, buang dulu bahagian kulit dan basuh dengan bersih…
Sentiasalah besederhana dalam pengambilan apa jua makanan… Perbanyakkan minum air kosong dan amalkan gaya hidup yang sihat… In shaa Allah…
Semuanya dari Allah…
terima kasih atas info yg disampaikan. sngat bermanfaat
LikeLike