Seperti yang paah cerita pada blog yang sebelum ni… Cyst kebiasaannya adalah normal dan tidak berbahaya kepada penghidap, depends on size and type…
https://sihatbertenagabyfarhah.wordpress.com/2017/08/19/ovarian-cyst-ketika-mengandung/
Tapi tahukah anda macam mana kita dapat tau yang kita ada cyst selain daripada membuat ultrasound?
Cyst mungkin telah berada dalam rahim seseorang dalam beberapa seketika tanpa disedari oleh penghidap, mungkin beberapa minggu dan mungkin juga beberapa bulan…
Jika anda rasa anda merasai petanda di bawah, segeralah berjumpa doktor…
- Kesakitan di bahagian belly atau pelvis
- Muntah dan loya
- Abdomen mengembang
- Sukar atau kerap kencing
- Sakit semasa hubungan kelamin
- Rasa berat pada ari-ari
- Susah untuk mengandung di mana ada kaitan dengan endometriosis
- Cepat berasa kenyang walaupun makan hanya sedikit
- Sukar membuang air besar
- Sakit bahagian belakang
RISIKO IBU MENGANDUNG MENDAPAT CYST
Ovarian cyst selalunya didianogsis semasa mengandung melalui prenatal ultrasound rutin… Selalunya ovarian cyst ini tidak merbahaya kepada ibu dan juga baby dan tidak memerlukan pembedahan…
Tetapi, doktor akan menasihatkan untuk membuat pembedahan sekiranya cyst itu disyaki sebagai kanser, cyst pecah atau berpintal atau saiz cyst itu menyebabkan kesukaran untuk melahirkan dan memberi ketidakselesaan kepada ibu mengandung…
RAWATAN YANG DISARANKAN OLEH DOKTOR SEKIRANYA MEMPUNYAI CYST
Majoriti ovarian cyst yang dihidapi oleh wanita hamil adalah Follicular atau Corpus Luteum Cyst yang mana kebiasaannya akan hilang dengan sendirinya dalam masa 1-3 bulan, walaupun ia akan pecah dan menyebabkan kesakitan… Cyst jenis ini bukan dari jenis kanser dan tidak memerlukan rawatan perubatan yang lama…
Ibu hamil hanya perlu melakukan ultrasound untuk mengenal pasti cyst itu jenis simple (hanya mengandungi cecair) ataupun jenis compound (mengandungi pepejal keras yang memerlukan pembedahan pembuangan)…
Kesimpulannya, apa jua jenis rawatan akan ditentukan melalui jenis cyst, saiz dan petanda yang dirasai… Penghidap hanya akan dipantau oleh O&G untuk memastikan keadaan cyst, kecuali cyst tersebut pecah dan menyebabkan pendarahan dalaman, doktor akan membuat pembedahan membuang cyst tersebut…
ovarian cyst mmg merbahaya pd wanita…ada cancerous, ada yg benign…
LikeLike
Sebab tu bila dapat detect kena slalu buat pemantauan…
LikeLike