Uncategorized

OVARIAN CYST KETIKA MENGANDUNG 

Ovarian cyst are quite common… Wanita yang mempunyai cyst tidak menghalang dia daripada mengandung dan mempunyai anak… Selalunya ovarian cyst tidak merbahaya kepada ibu mengandung tetapi bergantung kepada size dan jenis cyst tersebut…

Cyst adalah satu kantung di dalam rahim yang mempunyai cecair dan mempunyai berbeza saiz… Cyst juga boleh berisi lendiran pekat seperti darah atau bahagian-bahagian pejal dan keras…

JENIS-JENIS CYST 

Terdapat beberapa jenis cyst, tetapi 3 jenis cyst ini adalah yang biasa dihadapi oleh wanita…


1. FOLLICULAR CYSTS

Setiap bulan sewaktu kedatangan haid, ovari wanita akan melepaskan telur-telur untuk disenyawakan dengan sperma… Kebiasaannya, sewaktu inilah follicular cyst akan berlaku… 

Setiap kali kitaran haid berlaku, folikel-folikel yang mengandungi telur akan membesar dan matang… Folikel ini mempunyai cecair yang bertindak sebagai makanan kepada telur… Folikel yang paling besar dan matang akan melepaskan telur… Proses ini dipanggil ovulasi, yang mana akan terjadi setiap kali kitaran haid…

Untuk follicular cyst terjadi apabila folikel yang matang ini tidak melepaskan telur… Ia juga boleh terjadi apabila cecair yang terdapat dalam folikel tidak mengalir keluar bersama-sama dengan telur… Cecair yang terdapat dalam folikel akan terus terhasil dan bertambah… 

Follicular cyst ini tidak berbahaya kepada wanita yang menghidapinya… Cyst ini akan hilang dalam masa beberapa bulan… 

2. CORPUS LUTEUM CYST 

Salah satu cyst yang biasa dihidapi oleh wanita adalah Corpus Luteum Cyst… Selepas folikel melepaskan telur, sarang atau dikenali sebagai corpus luteum akan tertinggal… Kadang-kadang sarang ini diisi dengan cecair atau darah yang menyebabkan cyst terjadi… Jenis cyst ini boleh membesar sehingga 6cm diameter… 

Cyst jenis ini juga tidak memerlukan rawatan kerana ia akan hilang dalam beberapa bulan tetapi cyst ini boleh pecah dengan sendiri yang akan menyebabkan penghidap berasa sakit dan boleh menyebabkan pendarahan dalam perut…

3. ENDOMETRIOSIS 

Cyst jenis ini akan berlaku apabila sel yang sepatutnya tumbuh di dalam rahim tetapi ia tumbuh di luar rahim atau lokasi selain dari dalam rahim…

TIDAK MERBAHAYA KEPADA IBU YANG MENGANDUNG 

Jika ibu mengandung didianogsis mempunyai cyst, dan saiz cystnya tidak melebihi 5cm, anda jangan bimbang kerana cyst ini tidak berbahaya kepada anda dan juga baby anda… 

Tetapi jika cyst ini melebihi daripada 5cm, doktor akan menasihatkan anda supaya membuat pembedahan membuang cyst tersebut… Ini kerana dikhuatiri cyst tersebut akan pecah, berdarah atau berpintal dan seterusnya menyebabkan keguguran atau kelahiran pra-matang…

Untuk proses membuang cyst tersebut, doktor akan menunggu sehingga kehamilan memasuki trimester kedua… Jika pembedahan dilakukan sebelum daripada itu dikhuatiri akan menyebabkan keguguran… 

Sentiasalah berdoa kepada Allah supaya dipermudahkan proses mengandung dan melahirkan… In shaa Allah… 

Semuanya dari Allah… 

7 thoughts on “OVARIAN CYST KETIKA MENGANDUNG ”

  1. mek dulu pun ade cyst time pregnantkan anak sulung. 16weeks preg, operate. Alhamdulillah ok dan selamat. cyst mek jenis kantung air. dia membesar sama dengan baby. doktor decide untuk operate sebab takot nnt baby takde ruang untuk membesar.

    Like

    1. Saya pun ada tapi Alhamdulillah tak membesar… So doktor cakap teruskan je… Tapi bila baby dah agak besar scan takde plak… Tapi lepas bersalin ada balik…

      Like

Leave a comment