Uncategorized

AMALAN SURAH-SURAH UNTUK IBU MENGANDUNG 

Malam semalam tertengok rancangan lawak, tapi tak ingat apa tajuk rancangan tu… Yang pasti rancangan dari negara barat… 

Part yang paah tengok pasal macam mana nak tenangkan baby… Ada sorang bapa ni, dia tenangkan anak dia dengan cara memperdengarkan lagu black metal… 

Kebetulan ibu paah ada menonton bersama… Ibu cakap, baby akan tenang dengan apa yang dia biasa dengar semasa dia dalam rahim… Sebab tu kita sebagai orang Islam kena selalu membaca ayat Al-Quran dan amalan-amalan zikir dan doa semasa mengandung supaya baby yang dilahirkan akan terbiasa mendengar ayat-ayat suci Al-Quran… 

Selain daripada itu, beberapa surah dalam Al-Quran juga mempunyai manfaat tersendiri untuk proses semasa mengandung dan sewaktu melahirkan baby…

Di sini paah nak kongsikan beberapa surah yang boleh diamalkan oleh ibu-ibu yang hamil… Surah-surah ni juga menjadi amalan paah sewaktu mengandungkan ainul dulu… Alhamdulillah… 

SURAH-SURAH YANG BOLEH DIAMALKAN OLEH IBU-IBU MENGANDUNG 

1. SURAH AL-FATIHAH 

Mengamalkan surah Al-Fatihah dapat menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan ibu yang hamil… 

2. SURAH AL-LUQMAN

Ibu yang sering membaca surah ini dikatakan dapat melahirkan anak yang cerdik akal dan jiwanya…

3. SURAH AL-HUJURAT

Bagus diamalkan untuk memperbanyakkan susu ibu dan melahirkan sikap berhati-hati kepada si anak…

4. SURAH AT-TAUBAH
Di baca untuk membersihkan jiwa dan memelihara diri daripada maksiat…

5. SURAH MARYAM

Selalu di amalkan lagi-lagi sewaktu semakin hampir dengan hari bersalin supaya memudahkan ibu melahirkan anak dan memperoleh anak yang soleh…

6. SURAH YUSUF

Seperti yang kita tau, Nabi Yusuf adalah Nabi yang paling cantik dalaman dan luaran… In shaa Allah, kalau ibu hamil mengamalkan surah ini, dia dapat melahirkan anak yang cantik rupa paras dan cantik akhlak…

7. SURAH YASIN

Di katakan sebagai jantung Al-Quran, dapat memberi ketenangan kepada si pembaca dan yang mendengar… Ia juga dapat menjauhkan anak dari godaan syaitan dan iblis…

8. SURAH AN-NAHL

Seperti maksud surah ini, lebah, In shaa Allah akan melahirkan anak yang berdisiplin…

Paah doakan kepada ibu-ibu hamil supaya sentiasa di lindungi oleh Allah dan senang semasa proses melahirkan…

Semuanya dari Allah… In shaa Allah… 

5 thoughts on “AMALAN SURAH-SURAH UNTUK IBU MENGANDUNG ”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s