Uncategorized

SENAMAN UNTUK MENAIKKAN HB IBU MENGANDUNG 

Seperti yang sedia maklum, kekurangan HB bagi ibu mengandung sangat berbahaya… Kemungkinan kelahiran bayi pra-matang dan cacat sangat tinggi… Sebagai ibu yang bakal melahirkan, mesti la kita mahu bayi yang sihat dan sempurna… 

Selain dari penjagaan pemakanan, ibu mengandung juga boleh mengawal dan menaikkan HB semasa mengandung dengan cara bersenam… Tapi mesti ingat akan tahap kemampuan diri sendiri… Jangan pula di paksa diri dengan melakukan senaman yang berat-berat…

5 SENAMAN UNTUK MEMBANTU IBU MENGANDUNG MENAIKKAN TAHAP HB

1. BERJALAN

Senaman yang paling senang adalah berjalan… Kita memang digalakkan perbanyakkan melangkah kerana dapat membantu jantung mengepam darah ke seluruh badan dengan efektif… Secara tidak langsung, pembentukan sel darah merah akan meningkat dan HB akan menaik…

Berjalan juga bagus untuk ibu mengandung untuk memudahkan urusan bersalin… Untuk mengurangkan risiko kecederaan, anda di nasihatkan membuat sesi pemanasan badan sebelum dan selepas berjalan…

2. BERJOGING ATAU BERLARI 

Tidak perlu untuk berlari terlalu laju, cukuplah sehingga mengeluarkan peluh… (tidak digalakkan untuk ibu hamil dalam trimester pertama dan ketiga, dikhuatiri membahayakan bayi dalam kandungan) 

Kalau tidak mampu untuk berlari, boleh juga berjalan dalam keadaan laju…

*consultation dari doktor amat dititik beratkan sebelum melakukan senaman ini*

3. MENARI

Bergerak mengikut alunan muzik memang menyeronokkan… Bukan sahaja dapat mengeluarkan peluh, ia juga dapat membantu menaikkan HB yang rendah…

Hanya menggerakkan tangan dan kaki juga sudah cukup untuk menaikkan HB, apatah lagi seluruh badan…

Bayi juga mungkin turut serta menari bersama ibunya… So moms, move your body…

4. BERBASIKAL

Antara senaman yang boleh menaikkan HB adalah dengan cara mengayuh basikal… Berbasikal dapat mengurangkan ibu mengandung menegangkan urat badan, jadi anda tidaklah terlalu penat melakukan senaman…

5. BERENANG

Banyak manfaat senaman renang ini kepada ibu mengandung, dari trimester pertama hinggalah ketiga… Dari ia dapat menguatkan otot paha dan tangan hinggalah dapat membantu jantung untuk mengepam darah dan membantu paru-paru untuk mengepam oksigen dengan lancar…

Jantung sihat HB pun naik cantik… Pssst… Nak bersalin pun senang tau…

Sebarang aktiviti yang ingin dilakukan, anda mestilah mendapat khidmat nasihat dari doktor dahulu… Doktor akan menasihatkan anda senaman mana yang sesuai untuk dilakukan…

Semuanya dari Allah… 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s