10 MAKANAN NAIKKAN HB IBU MENGANDUNG 

Assalamualaikum dan selamat hari Sabtu… Bagi orang yang bekerja office hour mesti tertunggu-tunggu hujung minggu tiba… It’s a family time… Kalau dekat Sabah ni, hujung minggu adalah hari sale… Semua tempat akan buat sale…

Tapi sayang… Husband Paah kerja shift so takde la hujung minggu… Nak jumpa off day hari sabtu ahad pun susah… So jawabnya paah dengan baby terperuk dekat rumah jela… 

So bila duduk dekat rumah boleh la kita update blog sikit-sikit… Paah nak cerita sikit pasal cadangan makanan untuk naikkan HB rendah semasa mengandung… 

MAKANAN NAIKKAN HB IBU MENGANDUNG


1. Brokoli 

Sayur hijau ini mengandungi vitamin, zat besi dan folat… Brokoli sangat bagus dimakan ketika hamil kerana bukan sahaja boleh membantu menaikkan HB ibu mengandung tetapi ia juga mengandungi antioksidan yang mampu melawan penyakit dan jangkitan…


2. Pisang 

Pengambilan 2 biji pisang setiap hari sangat baik untuk wanita hamil… Ini adalah folat yang terkandung di dalam pisang boleh membantu dalam pertumbuhan janin dan penghasilan sel-sel baru… Alang-alang tu ibu mengandung pun dapat melawaskan buang air besar…


3. Kekacang

Kekacang adalah salah satu sumber untuk mencegah anemia dan bagus untuk tambah darah… Ambillah kekacang sebagai snek menggantikan makanan ringan yang lain…


4. Bayam
Untuk pengetahuan penghidap anemia, bayam merupakan makanan paling baik di kalangan sayuran untuk ibu mengandung… Bayam merah ataupun hijau menyerap zat besi dan folat untuk memerangi anemia… Rasa bayam pun sedap… Nyum-nyum…


5. Kerang

Kerang juga terkenal dalam mencegah anemia… Selit-selitkan menu anda dengan masakan kerang supaya kerang membantu anda untuk tambah darah… Dapat buat sambal kerang pun masyuk…


6. Kismis

Selain kekacang, anda juga boleh jadikan kismis sebagai kudapan harian menggantikan makanan ringan… Dalam membantu menaikkan HB, dapat juga ibu mengandung mengamalkan makanan sunnah Nabi… Sedap pun sedap…


7. Kurma

Seperti yang kita tau, makanan sunnah mempunyai banyak khasiat yang tersembunyi… Salah satunya adalah kurma… Selain sedap, kurma juga boleh memberi tenaga tambahan kepada ibu mengandung… Sebab tu Nabi suka…


8. Madu

Walaupun zaman sekarang semakin susah untuk cari madu yang asli tetapi khasiatnya tak dapat di sangkal lagi… Daripada makan gula putih, anda boleh juga menggantikannya dengan madu… Masih tetap rasa manisnya bahkan lagi sedap… 


9. Buah Delima

Ibu paah pernah cakap yang dalam sebiji buah delima Allah akan turunkan rahmat pada hanya sebutir biji delima… Wallahualam… Mungkin juga ibu paah nak suruh paah habiskan sebiji buah delima tu agaknya sebab khasiat buah delima dapat mempertahankan jumlah sel darah merah dan kandungan zat besi yang terdapat dalam buah delima dapat mengurangkan gejala anemia…


10. Daging Merah

Makanan yang terakhir sekali adalah daging merah… Daging merah mengandungi kadar zat besi yang tinggi untuk membantu memerangi anemia semasa hamil… Kandungan zat besi daripada haiwan mudah diserap berbanding sumber lain… 

ELAKKAN KAFEIN

  • Minuman ataupun makanan yang mengandungi kafein sebenarnya tidak baik untuk perkembangan bayi dalam kandungan… Kandungan kafein selalunya dikaitkan dengan masalah bayi kurang berat selepas dilahirkan…
  • Selain dari itu, kafein juga mengganggu penyerapan zat besi oleh badan… Tiada penyerapan, rugi la kita makan banyak makanan tambah darah… 

Semoga ibu yang sedang mengandung atau bakal mengandung mendapat manfaat daripada perkongsian ini… 

Semuanya dari Allah… 

Advertisements

8 thoughts on “10 MAKANAN NAIKKAN HB IBU MENGANDUNG 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s