KENAPA HB (HEMOGLOBIN) RENDAH SEMASA MENGANDUNG {ANEMIA}

Keseronokan mengandung hanya boleh dirasai pada orang yang melaluinya sahaja… Macam-macam perkara suka duka semasa mengandung dilalui… Subhanallah… Seronok sangat…

Tapi dalam keseronokan itu juga ada macam-macam risiko ibu mengandung kena hadapi… Salah satunya adalah tahap HB yang rendah…

APA ITU HB?

HB atau nama penuhnya Hemoglobin adalah suatu bentuk protein yang terdapat dalam sel darah merah… Ini adalah komponen pigmen yang memiliki kandungan yang kaya dengan zat besi… 

Fungsi utama HB ini adalah untuk mengikat oksigen yang kita hirup dan digabungkan dengan karbon dioksida untuk diangkut melalui sistem peredaran darah ke tisu-tisu dalam tubuh badan kita…

HB SEMASA MENGANDUNG

Sebelum hamil, kita memerlukan kira-kira 15 miligram(mg) zat besi setiap hari… Semasa hamil, kita memerlukan lebih banyak zat besi untuk membantu mengekalkan kesihatan ibu dan baby… Kira-kira sebanyak 30mg zat besi diperlukan oleh seorang ibu mengandung setiap hari… 

Untuk menentukan tahap kecukupan HB semasa mengandung, ibu hamil akan di pantau dengan cara melakukan ujian darah di klinik… Jumlah HB yang normal bagi ibu mengandung adalah 11.0mg/dl… Jika HB rendah daripada itu, ibu hamil tersebut disahkan menghidap ANEMIA…

SIMPTOM-SIMPTOM ANEMIA

Keletihan dan sesak nafas adalah tanda-tanda biasa bagi anemia… Namun anda mungkin tidak sedar bahawa anda menghidap anemia kerana simptom-simptom ini juga dialami oleh ramai lagi wanita hamil yang tidak mengalami anemia… 

Sakit kepala, tinnitus (telinga berdengung) dan jantung berdebar adalah simptom-simptom lain anemia, selain mempunyai tabiat mengidam makanan yang tidak biasa… Kelopak mata, dasar kuku dan lidah juga mungkin kelihatan pucat…

KENAPA HB RENDAH SEMASA MENGANDUNG? 

Wanita yang mengamalkan diet yang rendah zat besi lebih berkemungkinan mengalami anemia… Anda juga lebih berkemungkinan menghidap anemia akibat kekurangan zat besi semasa hamil jika bekalan zat besi dalam badan anda telah sedia berkurangan, mungkin kerana jarak antara kehamilan terdahulu dan kehamilan kini sangat rapat, atau darah haid anda keluar sangat banyak sebelum anda hamil…

Jika anda mengandungkan anak kembar, maka keperluan bagi setiap bayi juga boleh meningkatkan risiko anda mengalami anemia…

Thalassaemia juga adalah penyebab biasa bagi anemia semasa hamil. Thalassaemia ialah penyakit kecelaruan darah yang diwarisi, di mana keupayaan untuk menghasilkan rantai hemoglobin, samada alfa ataupun beta, terjejas. Thalassaemia alfa lebih banyak berlaku di Malaysia berbanding thalassaemia beta…

BAGAIMANAKAH ANEMIA DIRAWAT?

Doktor akan berbincang dengan anda tentang pemakanan untuk memastikan anda makan makanan yang betul dengan cukup, dan beliau juga mungkin mempreskripsikan pil zat besi…

Keburukan pil zat besi ialah walaupun ia boleh memperbaiki tahap zat besi dalam badan, ia juga mempunyai kesan sampingan yang kurang menyenangkan… Pil zat besi boleh menyebabkan sembelit dan masalah perut yang lain seperti loya, cirit-birit dan sakit perut… Meningkatkan pengambilan serat dalam diet semasa mengambil pil zat besi boleh membantu mengelakkan sembelit… Mengambil pil tersebut semasa waktu makan pula boleh membantu mengurangkan kesan sampingan yang lain…

Jika anda rasa kesan sampingan tersebut menjadi masalah serius kepada anda, mintalah doktor anda mempreskripsikan jenama yang lain atau mengurangkan dos yang perlu anda ambil kerana dos yang rendah mungkin lebih baik daripada tidak mengambilnya langsung…

CARA MEMASTIKAN ZAT BESI SENTIASA CUKUP UNTUK TUBUH BADAN

Seorang wanita hamil memerlukan 30mg zat besi setiap hari… Seperti mana kebanyakan vitamin dan mineral lain, makanan ialah sumber terbaik bagi zat besi… Ibu hamil sepatutnya tidak perlu mengambil supplement jika anda makan banyak sumber makanan yang kaya dengan zat besi… Ini bermakna anda perlu makan banyak sayur-sayuran berdaun hijau tua, roti bijian penuh, bijirin yang diperkaya dengan zat besi, kentang, daging merah tanpa lemak, kerang-kerangan, kismis, prun dan kekacang…

Vitamin C membantu badan anda menyerap zat besi dalam pemakanan… Cuba minum banyak jus oren atau makan buah-buahan atau sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin C semasa memakan makanan yang kaya dengan zat besi untuk membantu mengelak daripada mendapat anemia…

Teh dan kopi membuatkan sukar bagi badan anda menyerap zat besi… Oleh itu, lebih baik jika anda elakkan meminumnya semasa waktu makan…

Sentiasalah berdoa kepada Allah semoga dipermudahkan proses kehamilan dan melahirkan… 

Semuanya dari Allah 


Advertisements

4 thoughts on “KENAPA HB (HEMOGLOBIN) RENDAH SEMASA MENGANDUNG {ANEMIA}

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s